Monday, February 15, 2010

Dol

Seorang insan istimewa bernama Iqbal bin aziz@awang.com..
Dol(bukan nama sebenar)..
beliau dilahirkan di Kedah..

beliau sangat special..
oleh kerana beliau sangat special..
beliau telah melanjutkan pelajaran ke Kolej Sultan Abdul Hamid dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke MRSM Langkawi.

Maktab yang mengumpulkan ahli-ahli cendekiawan dari seluruh malaysia..
 telah melahirkan satu kelab yang jarang-jarang kali ditubuhkan..

BLACK KINGDOM

penubuhan yang jarang-jarang sekali dilakukan telah menarik minat dol..
dol yang begitu obses untuk menjadikan dirinya sebahagian daripada orang-orang istimewa..
telah medaftar untuk menjadi ahli kelab..

pelbagai dugaan ditempuh..
antaranya dikepit hidung dengan penyepit baju...
anda boleh bayangkan bagaimana perasaannya..

namun begitu..kegigihannya telah menjadikannya ahli Black Kingdom..
beliau kini setaraf Ayah Pine, Sepilok, Afif Sani, Billy dan juga Scod..
Tahniah DOL

Tuesday, January 19, 2010

1st Sketch Act product

belakangan ini, ak melihat tiada post2 yg bru....jdi dgn mengisi masa lapang, ak nk tulis menyambung tentang sejarah black kingdom pulak ni...

black kingdom ini mempunyai stu team produksi filem yg dipanggil sketch act....sejarahnya bermula apabila setiap aras diminta utk menghasilkn stu short film bagi memenuhi slot tygn guys night out....kami(ak, kam, pin, skod, lat, syabas) pown berkfikir2 lah tntg bagaimana utk menghasilkn film tersebut....akhirnya tercetuslah idea utk menghasilkn film tntg kehidupn kami di asrama....scene bermula.....

bilik ayah pin(tc 33) dipilih sbgai latar tempat.....film ini mengisahkn tntg kesusahan bgun subuh yg dialami oleh penghuni aras tiga...ketika itu, HEP(tn haji anuar) dipilih sbgai karekter utama....watak ini dimainkn oleh saya(spilo)....adegan bermula dgn kisah kekantoian henset oleh ayh pin....HEP sering melakukn rondaan d sekitar blok TC n TR utk mengesan murid2 yg naro(isap rokok)....dn apabila melalui TC33, suara sumbang seorg plajar tlah didengari....HEP pown membuka pintu bilik tersebut dn tlah mermpas henset ayh pin...

scene strusnya-kejut subuh.....kali ini ustz fahmi tlah dipilih utk menjadi karekter bgi scene ini.....pemilihan hanis monaer sbgai plakon bgi wtk ustz fahmi dikatakan bertepatan kerana memenuhi ciri2 seorg ustaz....bersmbung tntg scene trsebut, ustz fahmi tlah mengejutkn plajar2 yg dlm andaian 10 org di dlm satu blik utk mengerjakn solat subuh...apabila didapati ad plajar yg degil, ustaz tlah membaling selipar(adegan ini brdasarkn kisah benar-spt yg trjadi pada sukun(arip lissukun)....

scene last-tdo dlm mesin basuh.....d pagi jumaat yg indah itu, kam mndapati bju2 bliau tidak berbasuh....lalu kam ingin membasuh baju mggunakn teknologi canggih mesin basuh....dan dya tlah mendapati mesin itu x berfungsi...lalu dya membuka mesin basuh dn mendapati mat yus tlah tdo d dlmnya...kam pown bertempiaran lari....mat yus dgn muka selamba tlah kluar dri mesin tersebut...

tamat stu kisah.....terdapt byk lgi short film yg tlah dihasilkn....antara nya...ldp terlampau, zombie, invisible, transformer, chess trauma dll.....namun ad film2 yg x dpt diupload ke youtube krana data yg tlah hilang....sy pown tlah kehabisn tenaga utk menulis lgi...semoga bertemu lgi di laen masa.....bye~

-spilo

TC33
Video ni ada problem sket dgn size beliau, please view in full screen



Sunday, November 1, 2009

Skem Couple

Visual ni aku dapat kat
laman sesawang facebook.coom
saja je nak tunjukkan kat para sahabat
bahawa kawan kita ini dah maju.
Sekian, Wasallam
Salam 1Malaysia

Thursday, October 29, 2009

peristiwa memali

Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.
Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.
Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.
Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.
Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.
Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.
Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.
Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.
Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.
Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur.” Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.
Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.
Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.
Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak.”
Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.
Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.
Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah.
Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.
Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.
Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali

Wednesday, October 21, 2009

A Tribute To Aroi

Aroi cuba menyampaikan pendapat beliau di khayalak besar mengenai sebuah isu, tapi aku menghalang atas alasan untuk menjaga ukhwah sesama manusia. Oleh sebab ingin mengenang jasa aroi, aku siarkan disini segala kata-kata yang disusun indah oleh aroi.

Yang ni merupakan petikan daripada wall post di faccebook

Qusyairi Hashim Bagan Pinang... We lose October 11 at 11:00pm - via Mobile Web
17 Comments - Like - Remove

Muhd Haidar Ahmad at 11:05pm on October 11th, 2009no luck delete

Muhammad Shafiq Ahmad at 11:07pm on October 11th, 2009rakyat bagan pinang memilih parti yang menggunakkan pedang samurai sebagai pemimpin mereka delete

Muhd Haidar Ahmad at 11:08pm on October 11th, 2009parti yakuza....haha delete

Abdul Wafey at 11:10pm on October 11th, 2009dah bertanding kat bandar tentera.. nk menang ape nyer.. deh2.... delete

Muhammad Shafiq Ahmad at 11:19pm on October 11th, 2009bn mng sb pa???sbb dpa nk kerat pale sapa2 yg sokong pas delete

Qusyairi Hashim at 11:30pm on October 11th, 2009haidar : aku rasa depa x menang pasal aku x join p kempen la, aku adda kem tempoh hari.wafey : aku rasa leh menanng gak, juz kna tuka sket strategi, depa terlalu tumpu nk condemn calon bn sbb politik wang lbh dr tumpu nk menambat hati rakyat jelata bagan pinanng..aroi : knp pedang samurai?? delete

Muhammad Shafiq Ahmad at 11:44pm on October 11th, 2009sila buka link ini utk buktihttp://prkn31baganpinang.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=180:pimpinan-pemuda-umno-mengaku-bawa-pemuda-ala-komando&catid=25:berita-terkini&Itemid=53 delete

Qusyairi Hashim at 11:50pm on October 11th, 2009wokeh delete

Qusyairi Hashim at 11:53pm on October 11th, 2009aku dh baca, depa x dak skill len ka nk wat. lebih bek depa rasuah org kt sana, lg mulia delete

Muhammad Shafiq Ahmad at 11:58pm on October 11th, 2009ptt aq ada kt sana..samurai lwn keris sapa hbt..huhu delete

Afiq Rashid at 6:53am on October 12th, 2009huh...dh kalah dh la kucai....kalau ltk hg jd calon leh kot mng...ha3 delete

Ady Ibrahim at 10:49pm on October 12th, 2009jgn lupa hampa dpt duit ptptn dari government mana ya anak2...jgn jadi kacang lupa kulit....jgn gigit tangan org yg bagi makan....kalau tak suka kerajaan bn then you all should get your study loan from the party that you all like...i just dont like people who hates the government but still hoping the government to help them...thats my dear is hipokrit..islam pon benci org hipokrit...jgn jadi macam lembu kena tarik hidung....fikir dgn akal sendiri....org yg anti kerajaan tak akan masuk u kerajaan dia org akan belajar kat private uni...kita masih harapkan pertolongan kerajaan jadi belajar bersyukur kita masih ditolong oleh kerajaan bn delete

Qusyairi Hashim at 11:37pm on October 12th, 2009no comment :-) delete

Afiq Rashid at 6:43am on October 13th, 2009aiiit cai....sjak bla hg pndai mengaku klh ni...hehe...:) delete

Ady Ibrahim at 12:26pm on October 13th, 2009sepatutnya you all pelajar2 uni mesti sedar kalau tak kerana ptptn mampukah parents hantaq masuk u...kalau you all excell in your study you can get biasiswa lagi... at this time you all shd concentrate on your study not politic.... lepas dah berjaya nanti kalau nak jadi kacang lupa kulit nak buat macam mana?? tapi mesti ingat tuhan pon tak suka org macam ni...jadi jgn cakap tentang nak perjuangkan agama kalau kita tak praktikkan nilai2 dia dr setiap aspek bukan dr satu aspek saja....wasallam delete

Muhammad Shafiq Ahmad at 5:31pmkwn2..hr neh aq berikrar tidak akn mnyokong parti pembangkang lg..ini krn trdpt beberapa isu yg aq dpt swk2 prctian di kg n d s'gor..yes mmg aq msh kecik/MUDA tp dato seri najib pnh rs muda,tun M pnh rs muda..even barrack obama pn pnh rs muda..sjk dr bangku skolah lg najib brmnt dgn politik..x slh juga utk kita yg msh blaja d uni2 utk brpolitik..mn tau mgkn antara kita ada yg akn jd pm n pndpt mreka smsa skola mnjd asas pntdbiran negara..eg..mgapa pmrintahan najib menolak ppsmi yg di cdgkn oleh tun M???smple..sbb najib brasa cdgn i2 tidak sesuai..yes mgkn jgka ms najib n tun M pndek..cba lht klu kita yg akn mmrnth ngra suatu hr nnt..apa pmbaharuan yg dpt di laku kn??ini kerana pmkrn org muda n org tua laen2..sdgkn saidina umar pnh mgatakan didik la ank mu mngikut zmn..aplikasinya,mmrnth la mgikut zmn..klu kita ikut je tlunjuk pmrnth (BN) smpi mati,bila msia nk maju??no body is prfect..mst ada pmbangkang utk memajukn negara..tp kwn2..cmne pn kita xleh lwn kerajaan (BN)..kita mkn duit kerajaan(duit rkyt sbnrnye hak kita)..jgn jd kacang lupakn kulit..nnt ms korg kje korg akn kje kerajaan jg..klu korg sokong pmbgkang korg stkt kuli je..xkn dpt jwtn pape..igt kwn2..knp pmbgkang leh mng PRU yg lps??cba kwn2 tgk skrg neh ktua2 department kt pjbt2 kerajaan??rata2 adalah org pmbgkang..org pmbgkang kata "aq sokong pmbgkang pn stil jwtn tggi"..mgpa ada pmbgkang dlm pjbt2 kerajaan??sume slp pak lah yg trlalu longgar..turun ke najib laen plak polisi nya..najib nk cantas sapa2 yg kje krajaan supaya jd kuli shaja..igt kwn2..politik politik jg tp ank bini kna bg mkn gak..jgn sokong pmbgkang sbb xde ms dpn krn kerajaan skrg kuku besi mcm wolverine nk cantas sume..sokong la kerajaan(BN) utk ms dpn yg lbeh cerah..lg 2 thn kita akn layak memilih..pikir2 kn la delete

Muhammad Shafiq Ahmad at 5:38pmlaporan di s'gor baru2 ini:rkyt s'gor sjak dlm pmpinan pkr tlh mndpt menarik nafas lega..bantuan dr kerajaan(PKR) byk mmbntu rkyt tnpa mngira fhmn politik..antara nya ialah subsidi baja,benih padi,duet raya n mcm2 lg dimana lbeh baek smsa zmn pmerintahn BN.aq nk fokus psl duet raya..PKR tlh mgantr wkl nya ke stiap rmh di tg karang n kwsn skitarnya..thn lps msyarakat disi2 mndpt RM1000 kpd rkyt yg brhak mnmndptnya..thn neh mreka mndpt RM800 stiap rmh..tp ada mnusia2 yg mrh krn kurg 200 brbndg thn lps..yg best nyer yg mrh 2 org2 pnyokong umno..mrh lbeh2 lak 2..dh la x undi PKR nk bsg2 lak..renung2 la kwn2.. delete

Friday, September 11, 2009

Selamat Hari Raya


Aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua ahli serta muslimin dan muslimat. Maaf zahir batin dihulurkan kepada semua.

Asal Usul Nama

Ni merupakan segmen baru dalam blog kita dimana pada setiap posting yang mempunyai tajuk Asal Usul Nama akan membincangkan tentang mana datangnya nama gelaran yang diberikan kepadda ahli2 kita.

Jadi, pada posting kali ini kita akan membincangkan asal usul nama Nabil Fikri Zamani @ Skem.
Perkara yang paling signifikan tentang nabil adalah kedudukan seluar beliau yang membuatkan beliau digelar sebagai skem. Faktor-faktor lain adalah kedudukan butang baju beliau. Walaupun beliau digelar, namun beliau tidak dikecualikan daripada aktiviti2 tidak bermoral seperti melepak bersama sahabat serta ponteng prep. Beliau acap kali tidak kantoi apabila ponteng prep disebabkan badannya yang kurus yang disembubunyikan di bawah selimut yang tertulis MRSM Langkawi


Jadi, itu sajalh posting saya pada hari ini. Sebelum beransur, suka saya menerangkan biodata ringkas Nabil Fikri.

Nabil Fikri Zamani (1990~....)
Nama Panggilan : Skem
Institusi Pengajian : SMK Badlishah, MRSM Langkawi, Universiti Putra Malaysia
Ahli Black Kingdom sejak : 2006